Risau Lihat Konflik Rumah Tangga Artis Lain, Ruhainies Jadi Takut Nak Kahwin

Ruhainies mendedahkan beliau tidak mempertimbangkan atau bersedia untuk berkahwin kerana bimbang dengan kekacauan dalam rumah tangga yang berlaku pada beberapa pasangan dan rakan selebriti pada masa ini.

risau lihat konflik rumah tangga artis lain, ruhainies jadi takut nak kahwin

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, beliau kini hanya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya, ibu bapa, dan keluarganya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

 

"Saya risau dan takut untuk diri saya sendiri dalam membina hubungan. Buat masa ini, saya belum mempertimbangkan atau bersedia untuk berkahwin. Saya percaya bahawa jodoh akan sampai pada waktu yang tepat.

"Jadual kerja saya pada masa ini juga sangat sibuk. Alhamdulillah, rezeki dalam lakonan dan sebagai duta produk terus mengalir. Oleh itu, saya rasa wajar untuk memberi tumpuan kepada kerjaya saya dahulu sebelum memikirkan tentang berkahwin," katanya.

risau lihat konflik rumah tangga artis lain, ruhainies jadi takut nak kahwin

Ruhainies yang kini aktif berlakon sejak lapan tahun dan dahulu pernah terbuka berkongsi mengenai kisah cinta dan kehidupannya, pelakon cantik itu kini membuat keputusan untuk tidak berkongsi lagi sehingga jodohnya sampai.

 

"Sekarang saya tidak lagi mahu berkongsi mengenai hal peribadi dan hubungan cinta saya sehingga jodoh saya sampai.

“Bila kita mula berkongsi cerita mengenai kekasih, orang akan menantikan cerita seterusnya. Ia sangat memenatkan apabila asyik ditanya mengenai perkahwinan dan kerjaya," katanya.

 

Ruhainies berkata bahawa dia akan berkongsi perancangan perkahwinannya apabila dia sudah benar-benar bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan dan menjadi isteri orang suatu masa nanti.

 

Sumber: HMetro