Penyanyi Terkenal, Rohana Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

penyanyi terkenal, rohana jalil meninggal dunia pada usia 68 tahun

Terdahulu, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad bagi membolehkan hospital memberi lebih perhatian kepadanya.

 

Pemergian Allahyarham pada usia 68 tahun disifatkan rakan artis sebagai seorang sahabat yang mempunyai keperibadian mulia. Allahyarham juga merupakan seorang sahabat yang sentiasa berada saat susah dan senang rakan-rakannya, dan juga seorang yang murah hati sentiasa mengulurkan bantuan.

 

Antara yang berkongsi berita duka ini adalah seniwati ternama, Fauziah Ahmad Daud, dan pengacara, Neelofa.

 

 

penyanyi terkenal, rohana jalil meninggal dunia pada usia 68 tahun

Allahyarham juga dilapor akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, hari ini sebelum waktu Zohor.

 

Al-Fatihah.

 

Sumber: Astro AWANI