Jenayah scam sangat berleluasa ketika ini.
Macam-macam cara dan cerita yang direka-reka si ‘scammer’ untuk perdaya mangsa.
Terbaru, seorang wanita berusia 54 tahun di PJ ditipu hampir 1.5 juta ringgit!
Mangsa terjerat dengan love scam, yang mana dia mengenali suspek menerusi Facebook sejak April lalu.
Si scammer ni menyamar sebagai jurutera di New Zealand dan mereka hanya berhubung menerusi Whatsapp.
Suspek minta mangsa mendahulukan wangnya kononnya nak beli bahan mentah untuk hasilkan produk kecantikan.
Mula-mula si mangsa tak syak apa-apa.
Tapi dia mula sedar yang dia ditipu bila suspek minta lagi wang tambahan untuk tampung pembelian bahan mentah bagi projek yang dia tak tahu.
Licik betul scammer ni kan.
Lepas laporan polis dibuat, akhirnya 3 lelaki warga Afrika ditahan di sebuah restoran di Taman OUG Parklane, Jumaat lalu.
Siasat punya siasat, ketiga-tiga lelaki ni ada di Malaysia sejak 2019 guna pas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, UNHCR dan lagi teruk, tak bekerja!
Haihh geram betul lah!
Jadikan kes ni sebagai pengajaran.
Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang kita hanya kenali secara online.
Apatah lagi senang-senang je nak bagi duit berjuta-juta ringgit dekat orang yang kita tak pernah jumpa secara bersemuka.
Hati-hati dan jangan buka ruang kepada scammer untuk sewenang-wenangnya kaut keuntungan di atas kelalaian kita sendiri.
Ingat tau!
Oleh : Izzati Amir