Konflik Antara Syamsul Yusof dan Aaron Aziz, Ini Respon Dari Rosyam Nor

Ekoran daripada konflik yang berlaku dalam produksi filem The Original Gangster yang melibatkan pengarahnya, Syamsul Yusof, dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz, ini pula respon dari Datuk Rosyam Nor pula.

konflik antara syamsul yusof dan aaron aziz, ini respon dari rosyam nor

Ujar Rosyam, 56, beliau enggan masuk campur dengan masalah yang berlaku itu dan hanya mahu menunaikan tanggungjawab untuk berlakon apabila tiba ke lokasi penggambaran.

 

"Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mencampuri pertikaian membabitkan Syamsul dengan Aaron. Saya juga tidak berminat untuk ambil peduli mengenai isu. Ada baiknya saya teruskan penggambaran seperti diminta pihak produksi.

"Ketika bekerja saya tidak ambil tahu hal orang lain. Bila sampai dekat set penggambaran saya akan berlakon, jadi apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain saya tidak peduli," katanya.

 

Tambah Rosyam lagi, sesiapa yang ada di set penggambaran, itulah pasangan yang dia akan berlakon bersamanya.

konflik antara syamsul yusof dan aaron aziz, ini respon dari rosyam nor

Katanya lagi, apa yang berlaku antara Syamsul dan Aaron itu adalah diluar jangkaan namun tidak sesekali menggangu proses penggambaran.

 

Terdahulu, Aaron turut memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad dan mana-mana individu lain agar tidak masuk campur urusannya bersama dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, susulan daripada pengugurannya dalam senarai nama pelakon The Original Gangster.

 

Sumber: HMetro