Susulan daripada video pengakuan Syamsul Yusof bernikah dengan Ira Kazar yang dimuatnaik sendiri oleh pengarah itu di Instagram, isterinya, Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respon beliau.
Menurut Puteri Sarah, beliau seakan terkejut apabila suaminya itu menyalahkan apa yang berlaku ini sebagai salah beliau.
Menjawab kepada tuduhan oleh Syamsul kononnya Puteri Sarah tidak pulang ke rumah, pelakon itu berkata andai dua anaknya dapat memberi pengakuan di mahkamah, pasti mereka akan berkata, “Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang & adik, not US,”
Malah Puteri Sarah turut berkongsi foto pernikahan suaminya itu di Instagram Story, susulan daripada pengakuan Syamsul yang mengaku bernikah di Thailand dengan berwalikan bapa Ira Kazar sendiri.
Puteri Sarah turut meminta Syamsul untuk tidak menggunakan nama Allah sebagai cara membuatkan dirinya kelihata bagaikan malaikat di mata manusia.
“@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me. Do not use Allah’s name to make u an angel di mata manusia,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syamsul Yusof telah membuat satu pengakuan dirinya kini selamat menjadi suami kepada Ira Kazar, selepas sekian lama berdiam diri dan berteka-teki. Beliau turut meminta agar isterinya itu pulang ke rumah bagi berbincang dan menyelesaikan masalah mereka bersama.
Sumber: Instagram Puteri Sarah