Insiden Dicekik Hingga Hampir Lemas, Reen Rahim Bukannya Mengada-ngada

Pelakon, Reen Rahim tidak pernah terlintas untuk memperbesarkan isu dicekik hingga hampir lemas ketika melakonkan satu babak dalam filem bergenre seram.

insiden dicekik hingga hampir lemas, reen rahim bukannya mengada-ngada

Lakonan yang dilakukan bersama pelakon lelaki, Fezrul Khan itu telah menyebabkan Reen hampir lemas dengan tangan tergapai-gapai memegang kepala aktor itu dan mengharapkannya segera berhenti.

 

Insiden yang cukup memberikan kesan di hati Reen Rahim ini katanya tidak seharusnya berlaku dan beliau sama sekali tidak mahu bersikap kurang ajar atau tidak profesional ketika bekerja.

 

Ujar Reen, sebaik sahaja babak dicekik itu selesai dilakukan, beliau menjerit secara spontan dan berkata lakonan kekasaran itu tidak perlu dilakukan betul-betul sehingga boleh memberi kecederaan kepada pelakon lain.

 

"Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Belum pernah saya mengamuk sepanjang hampir sedekad berada dalam gelanggang seni dan berlakon dengan ramai pelakon lelaki," katanya.

 

Ekoran daripada insiden itu, Reen berkata beliau terpaksa menenangkan diri seketika dan mahu meminta maaf kepada aktor lelaki itu kerana meninggikan suara. Namun, Fezrul dilaporkan menafikan tindakannya yang kasar dan berasa bengang selain enggan bekerjasama dengan beliau lagi.

 

Sumber: BH