Lepas Dah Kahwin, Reen Rahim Akhirnya Kena Bangun Sahur Demi Suami

Pelakon, Reen Rahim akhirnya perlu bangun bersahur pada awal pagi selepas mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

lepas dah kahwin, reen rahim akhirnya kena bangun sahur demi suami

Pelakon berusia 34 tahun ini mengakui tidak pernah bangun bersahur sepanjang hidupnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

 

Namun semuanya berumah pada tahun ini selepas beliau berubah status kepada isteri seseorang.

 

“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” kata Reen dalam sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok.

lepas dah kahwin, reen rahim akhirnya kena bangun sahur demi suami

Menurut pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim lagi, dia cuba untuk mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk bangun sahur bersama-sama.

 

Perkongsian Reen di Tiktok telah mencuri perhatian ramai, malah ada warganet yang mengakui ada pengalaman sama sepertinya.

 

Terdahulu, pasangan ini telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember 2022.

 

Sumber: Kosmo!