Ramona Zamzam Tak Risau Isu Penyondol Sebab Suami Tak Main Media Sosial

Pelakon Ramona Zamzam tidak merasa risau mengenai kemungkinan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga kerana suaminya, Rami Alaskar, kurang aktif dalam media sosial.

ramona zamzam tak risau isu penyondol sebab suami tak main media sosial

Menurut pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini, suaminya yang berasal dari Palestin dan telah dikahwininya sejak 2015 lebih suka menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dan perniagaan, yang menjadikan masanya sentiasa terisi.

 

“Bukan tak takut kepada penyondol, tetapi Alhamdulillah sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga kami sentiasa mengingatkan supaya setia terhadap satu sama lain.

“Kami berdua umpama satu pasukan yang saling menyokong. Memang tenang, tambah-tambah suami pun tak aktif dalam media sosial. Malas katanya.

“Benda ini sebenarnya bawa kedamaian, cuma sebelum ini dia ada tertanya-tanya kenapa saya fokus pada telefon. Saya terangkan ini juga sebahagian kerja, tetapi berpada-pada” katanya.

ramona zamzam tak risau isu penyondol sebab suami tak main media sosial

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, suaminya yang memahami kerjaya seninya juga fleksibel dalam menjaga anak tunggal mereka, Ivanna.

 

"Apabila saya sedang berlakon, dia menguruskan perniagaan dari rumah dan menjaga anak. Apabila dia keluar untuk mesyuarat atau kerja di luar, saya pula mengambil alih tugas di rumah," katanya lagi.

 

Ramona yang akan menjadi peserta dalam program terbaharu Mega Spontan menjelaskan bahawa penyertaannya dalam program tersebut tidak bermakna dia ingin menjadi seorang pelawak. Sebaliknya, dia ingin mencuba dan belajar dari mereka yang lebih berpengalaman dalam dunia lawak, termasuk mentor-mentor.

ramona zamzam tak risau isu penyondol sebab suami tak main media sosial

Rancangan Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107), bermula 19 Mei ini.

 

Baca: MEGA SPONTAN, Game Show Lawak Spontan Terbaharu Berskala Besar Di Astro Mulai 19 Mei Ini

 

Sumber: Kosmo! Online