Rakyat Malaysia Dah Rancang, Tempah Percutian Hingga 2023

Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, rakyat Malaysia kini dibenarkan untuk melancong ke luar negara, selepas lebih dua tahun dihalang gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020.

rakyat malaysia dah rancang, tempah percutian hingga 2023

Ekoran itu, pelbagai destinasi seluruh dunia menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti bersama keluarga mahupun berseorangan.

.

Paling dinantikan sudah semestinya cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba untuk disambut bersama keluarga yang berada di dalam mahupun luar negara.

.

Memetik laporan Astro AWANI, ada rakyat Malaysia yang sudah merancang percutian dan perjalanan masing-masing ke beberapa destinasi luar negara.

.

Misalnya, seorang pekerja swasta Nur Khairunnissa Caroline Emban, 30-an berkata beliau merancang untuk bercuti ke London, Amsterdam dan Paris, selepas berakhir Syawal.

.

Menurut agensi pelancongan, terdapat tempahan yang diterima bagi percutian mulai bulan hadapan sehingga Januari 2023. Ia melibatkan perjalanan ke Eropoh Timur, Scandinavia, Eropah Tengah, England dan Scotland, Maghribi, Turki, Thailand dan pakej ke enam buah negara Balkan.

.

Bukan sahaja luar negara, percutian dalam Malaysia tidak kurang hebatnya dengan pelbagai destinasi menarik, misalnya Melaka yang menerima peningkatan tempahan hingga 80 peratus bulan ini membabitkan pelancong dari luar negara khususnya dari Singapura.

.

Apa pula perancangan percutian anda? Destinasi mana yang anda ingin lawati?

.

Sumber: [1], [2]