Penyanyi dan juga vokalis kumpulan OAG mengakui sedang bercinta dengan seorang wanita yang juga pelajar berusia 21 tahun.
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 45, kekasihnya itu kini sedang menuntut di sebuah universiti awam.
“Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.
“Dia memang ‘sempoi’, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya,” katanya.
Menurut Radhi, beliau mula mengenali wanita itu sejak dua tahun lalu dan kini hubungan mereka dalam fasa yang serius. Namun ujarnya, beliau mahu kekasihnya itu fokus dalam pengajian sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan.
Radhi berkata, beliau terbuka hati untuk bercinta kerana wanita itu menerima dirinya seadanya.
Sumber: Kosmo!