“Bagi Saya Dia Lengkap Semuanya,” Qasrina Karim Akui Rapat Dengan Mierul Aiman

Sejak digandingkan bersama dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer, nama pelakon Qasrina Karim sering digosipkan bersama pelakon muda berbakat yang popular dengan siri Projek: High Council, Mierul Aiman.

“bagi saya dia lengkap semuanya,” qasrina karim akui rapat dengan mierul aiman

Qasrina bagaimanapun mengakui beliau memang rapat dengan Mierul memandangkan mereka ada banyak babak bersama dalam drama berkenaan, namun menafikan sedang bercinta.

 

Ujar Qasrina, mereka hanya berkawan rapat dan beliau berbesar hati dapat berlakon dengannya.

“bagi saya dia lengkap semuanya,” qasrina karim akui rapat dengan mierul aiman

"Nama pun pelakon kan? Kami rapat kerana kami berlakon bersama dan banyak babak membabitkan kami berdua. Jadi, kami ada hubungan sebagai kawan. Ia 'natural' (semula jadi) dan dia juga sangat 'friendly' (mesra) dan serasi dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer," katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @mierulaiman

 

Tambah Qasrina, beliau tidak menafikan ramai juga berkecil hati apabila mereka rapat, sambil menjelaskan Mierul lengkap semuanya dan sangat berbakat.

 

"Ramai yang berkecil hati apabila kami rapat. Bagi saya Mierul lengkap semuanya, sangat berbakat, 'friendly' dan saya berbesar hati dapat berlakon dengannya.

"Saya nafikan kami pernah keluar berdua seperti yang diperkatakan beberapa pihak. Saya tak holeh buat apa apabila digosipkan kami bercinta.

"Ia adalah sebahagian dari kerja kami. Itupun ramai yang suka tengok kami. Daripada babak mereka bawa ke TikTok dan Instagram. Saya rasa 'natural' kalau benda-benda ini diperkatakan," katanya.

 

Qasrina berkata, sebagai pelakon, beliau tidak mampu menolak daripada digosipkan sebegini, malah pernah juga terima ancaman daripada peminat wanita menerusi DM di Instagram.

 

"Adalah sikit berbentuk ugutan tapi itu biasalah. Peminat sukakan Mierul menerusi Projek: High Council itu. Mereka bercakap mengenainya dan saya rasa ia amat bagus untuk drama ini," katanya.

 

Sumber: HMetro