“Saya Pernah Dipukul Suami,” Puteri Sarah Kata Ibu Mentua Jadi Penyelamat

Puteri Sarah Liyana mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa pukulan suaminya, Syamsul Yusof.

“saya pernah dipukul suami,” puteri sarah kata ibu mentua jadi penyelamat

Perkara itu didedahkan sebagai bukti terbaharu dalam prosiding sebutan pertama kes penceraian yang difailkan beliau terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

 

“Saya pernah dipukul suami. Saya tak buka cerita mengenai kejadian itu tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya,” demikian menurut Puteri Sarah.

 

Ujar Puteri Sarah, beliau tidak melaporkan perkara itu kerana ketika itu masih wujud rasa cinta terhadapnya.

“saya pernah dipukul suami,” puteri sarah kata ibu mentua jadi penyelamat

Malah katanya lagi, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail adalah individu yang menjadi penyelamat dengan membawanya keluar dari rumah.

 

“Masa itu tak buat (laporan polis) sebab sayang. Bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

“Yang selamatkan saya ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya dari rumah pada kejadian sekitar tahun 2020. Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul telah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai bagi kes permohonan penceraian mereka.

 

Sumber: Kosmo! Online

Foto: Utusan