Datuk Yusof Haslam akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kemelut rumah tangga antara anaknya, Syamsul Yusof dan bekas menantu, Puteri Sarah Liyana, berakhir dengan cara baik, semalam.
Baca: Syamsul dan Puteri Sarah Kini Sah Bercerai Talak Satu
Menurutnya, beliau tidak menolak andai pasangan itu dapat kembali bersatu dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
"Jika ditakdirkan bersatu semula, terserah... Hanya Allah yang tentukan," katanya.
Dalam pada itu, beloau juga berharap agar anaknya itu dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya, Syaikhul, 6 dan Summayah, 4.
"Apa yang berlaku tidak boleh komen lagi, cuma saya lega kerana mereka berpisah dengan cara baik demi anak-anak.
"Bagaimanapun, saya harap Syamsul bertanggungjawab pada anak-anaknya dan mereka tidak menaruh sebarang dendam.
"Saya berharap mereka dapat membersihkan hati dan jiwa dalam melayari kehidupan masing-masing.
"Hidup perlu diteruskan, jangan menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya, carilah kebahagiaan masing-masing," katanya lagi kepada sebuah portal tempatan.
Tambah lagi, beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail masih menganggap Puteri Sarah sebagai menantu, meskipun Puteri Sarah telah diceraikan dengan talak satu.
"Puteri Sarah tetap kami anggap seperti menantu, malah hubungan dengan bekas besan juga tidak akan terputus.
"Ini kerana anak Syamsul dan Puteri Sarah adalah cucu-cucu kami," demikian menurut beliau.
Ujarnya lagi, Datin Patimah berasa sedih dengan penceraian anaknya bersama Puteri Sarah, hingga menitiskan air mata sejurus mendapat berita itu semalam.
Sumber: BH