Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkata beliau akan menyaman bekas menantu Kazar selepas wanita tersebut memuatnaik beberapa hantaran berupa fitnah di media sosial.
Menurut laporan, Puteri Sarah berkata individu berkenaan dikatakan menggangu ketenteramannya dan sengaja membuat provokasi.
Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini berkata, beliau bagaimanapun menolak ajakan wanita terbabit yang mahu bersemuka dengannya, dan lebih selesa membawa perkara ini ke mahkamah.
“Lain kali nak cerita buruk, sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial. Jangan dijolok sarang tebuan.
“Nak jumpa saya? Maaf, bercakap dengan peguam saya. Saya jumpa di mahkamah nanti,” katanya ringkas.
Menurut Puteri Sarah, beliau enggan berdrama seperti itu memandangkan jadual kerjanya kini sudah cukup padat.
“Kalau awak tidak memulakan, saya tidak akan memulakan. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua kali turun naik Jakarta, tiada masa nak berdrama, nak cari pasal,” ujarnya.
Beliau menambah, dirinya sudah memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suami, Syamsul Yusof.
Sumber: Kosmo!