Akan Ada Pilihan Raya Kecil Lagi?

akan ada pilihan raya kecil lagi?

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas, dah 9 kali Pilihan Raya Kecil telah diadakan atas pelbagai sebab.

Terbaru, Astro Awani telah melaporkan akan ada lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sabah. Dikatakan, kemenangan penyangdang Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman telah dibatalkan oleh mahkamah.

Mahkamah Persekutuan menerima keputusan mahkamah pilihan raya sebelum ini dengan sebab tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Panel mahkamah tinggi diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat telah mendapati pelabagi salah laku dan pelanggaran undang-undang ketika pilihan raya lepas diadakan.

 Pada pilihan raya lepas, Anifah menyandang kerusi parlimen itu dengan majority 156 undi menewaskan calon Warisan.

Sumber: Astro Awani