Perlis Kini Catat Nilai Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan data terkini yang diperoleh setakat 1 Ogos 2021 menunjukkan negeri Perlis mempunyai kadar kebolehjangkitan tertinggi di Malaysia iaitu dengan nilai Rt 1.53.

perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia

Ia diikuti dengan negeri Terengganu (nilai RT 1.35), Kelantan (nilai RT 1.25) dan semua negeri lain juga mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia

perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia

Dalam perkembangan lain, sebanyak 17,150 kes harian telah dicatatkan pada 1 Ogos 2021, menjadilkan jumlah keseluruhan kes positif COVID19 di Malaysia kini terus melonjak kepada 1,130,422 kes. Berikut adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Ogos 2021:

  • Kes sembuh : 11,326 kes (925,965 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 17,150 kes (1,130,422 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara);
  • Kes tempatan : 17,149 kes [14,443 warganegara (84.2%);  2,706 bukan warganegara (15.8%)];
  • Kes aktif : 195,273 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
  • Kes kematian : 160 kes (9,184 kes kumulatif, 0.81%; 140 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,702 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,586 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,116 kluster.

 

Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia

Tambah KKM lagi, sebanyak 160 lagi kes kematian dicatatkan dengan 55 kes di Selangor, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Sabah, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Perak, serta tiga (3) kes di Terengganu. 

 

Sumber: KKM