Peminat Titip Doa Bila Lihat Nora Danish Tampil Sopan Bertudung, Berjubah

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila hadir ke sebuah majlis ilmu baru-baru ini.

 

Majlis ilmu yang dipercayai dianjurkan rakan karibnya yang juga selebriti, Betty Ahmad yang juga adik kepada pengarah, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.

peminat titip doa bila lihat nora danish tampil sopan bertudung, berjubah

Menerusi hantaran di Instagram, Nora menzahirkan penghargaan buat sahabatnya yang turut menghadiahkan jubah untuk dipakai pada majlis ilmu berkenaan.

 

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Terima kasih tuan rumah yang baik hati macam bidadari untuk semua ini. Masak lagi, bagi jubah lagi. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu sekeluarga.

"Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sampai air mata tidak berhenti mengalir. Jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye,” demikian menurut Nora menerusi ruangan kapsyen.

 

Turut kelihatan beberapa rakan artis lain seperti Elfira Loy dan Ika Nabila dalam majlis tersebut.

peminat titip doa bila lihat nora danish tampil sopan bertudung, berjubah

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pelakon filem Polis Evo 3 ini memuji penampilannya yang sopan dan ada juga menitipkan doa agar Nora diberi hidayah untuk kekal istiqamah menutup aurat, suatu hari nanti.

peminat titip doa bila lihat nora danish tampil sopan bertudung, berjubah

Sumber: Instagram