Peminat Teruja Lihat Sabronzo DOLLA Lakon Dalam Filem Pulau

Filem bergenre thriller seram berjudul Pulau bakal menanti penonton di pawagam tanah air pada 9 Mac depan.

tampil pelakon generasi baru dan lama, filem pulau janji kelainan pada penonton di pawagam

Dibintangi ramai pelakon versatil, filem Pulau ini turut menampilkan wajah baharu dalam industri perfileman iaitu Sabronzo daripada kumpulan DOLLA.

peminat teruja lihat sabronzo dolla lakon dalam filem pulau

Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli adalah satu nama yang tidak asing lagi sebagai salah seorang ahli kumpulan DOLLA. Namun kemunculannya dalam filem Pulau dinantikan ramai khususnya para peminat kumpulan wanita ini.

peminat teruja lihat sabronzo dolla lakon dalam filem pulau

peminat teruja lihat sabronzo dolla lakon dalam filem pulau

Menjadi filem lakonan pertamanya, beliau mengakui teruja dengan dengan penglibatannya dalam dunia lakonan ini.

 

“Pengalaman pertama berlakon filem Pulau, sebelum ini dengan telemovie Dolla.

“Ada la rasa kekok sikit sebab benda ni memang lain daripada singing dan dancing.

“Saya banyak dapat nasihat daripada pelakon lain dan team untuk bawa watak dalam lakonan saya. InsyaAllah, kalau saya nak fokus berlakin saya kena brush up bakat saya,” ujar Sabronzo yang akan membawa watak pasangan kekasih kepada Haris Annuar dalam filem ini.

peminat teruja lihat sabronzo dolla lakon dalam filem pulau

Filem Pulau mengisahkan tentang bagaimana sebuah percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah mistik yang menyeramkan dan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam, dahagakan darah dan ingin membalas dendam. Penonton boleh menjangkakan plot twist dengan heroin yang mempunyai sixth sense (Amelia Henderson) membongkar kebenaran yang telah lama terkubur oleh kutukan cinta terlarang.

 

 

Sumber: Youtube / Mstar