Peminat Cair Dengar Amir Ahnaf Mengaji, “Ini Calon Suami Yang Sesuai!”

Sebelum ini, nama Amir Ahnaf mungkin asing buat kebanyakkan kita namun sejak gelombang ‘Kahar’ dari drama popular Projek: High Council tercetus, popularitinya mula meningkat dan menjadi kegilaan ramai di media sosial.

pelajar sains tulen kini jadi pelakon, amir ahnaf dedah dia sebenarnya manja

Meskipun membawa watak ganas dalam drama terbabit, siapa sangka Amir Ahnaf secara peribadinya adalah seorang yang manja, bercakap lemah lembut dan kebanyakkan masa beliau lebih pendiam.

pelajar sains tulen kini jadi pelakon, amir ahnaf dedah dia sebenarnya manja

Terbaru, tular video menunjukkan pelakon berusia 23 tahun ini sedang mengalunkan bacaaan ayat Kursi, hingga mencuri tumpuan ramai khususnya para peminat.

 

Video telah dimuatnaik semula oleh akaun peminat Amir di Tiktok.

 

@senyum.man1s Replying to @syira🐯🐾 amir korang baca ayat kursii #amirahnaf #projekhighcouncil #malaysia ♬ original sound - ahnaf’s ☁️

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pelakon watak Kahar ini memuji alunan bacaan yang dilontarkan Amir, malah ada peminat yang mahu menjadikan Amir sebagai calon suami.

peminat cair dengar amir ahnaf mengaji, “ini calon suami yang sesuai!”

Selain Projek High Council, Amir juga telah membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022.

 

Sumber: Tiktok