Pelakon, Pekin Ibrahim mendedahkan beliau banyak menerima petua-petua aneh untuk mendapatkan zuriat sepanjang empat tahun perkahwinannya.
Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim berkata, salah satu daripada petua aneh yang diterimanya adalah dengan membuka sedikit tingkap.
Meskipun beliau merasa aneh dengan petua tersebut, Pekin tetap melakukannya sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk dia dan isteri, Mona Allen untuk mendapatkan zuriat.
“Macam-macam saya dapat petua, salah satu petua, bila bersama kena buka tingkap sikit. Terfikir juga apa kaitan dengan benda tu, tapi saya cuba juga buka sikit tingkap.
“Memang ada petua tu, saya dapat daripada orang tua. Buka tingkap sikit dan menghadap kiblat. Semua ada, pelik-pelik.
“Tapi saya buat saja, kiranya macam ikhtiar juga,” kata Pekin.
Terdahulu, Pekin telah mendirikan rumahtangga bersama aktres, Mona Allen pada 7 Disember 2018 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.
Sumber: Astro Gempak