Pablo Amirul Hairan Filem Gangster Tempatan Suka Guna ‘Lu, Gua’, “Cakap Melayu Betul Lagi Real”

Pelakon, Pablo Amirul meluahkan rasa hairan dengan kebanyakkan dialog daripada filem aksi dan gangster tempatan yang suka menggunakan kata ganti nama diri “lu” dan “gua”.

pablo amirul hairan filem gangster tempatan suka guna ‘lu, gua’, “cakap melayu betul lagi real”

Menurut pemilik nama sebenar Amirul Hisyam Mohd Sakri, 38, elemen ganas boleh sahaja diwujudkan dengan mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, seperti ‘aku’ dan ‘kau’ yang lebih realistik.

 

“Banyak filem gangster akan menggunakan slang perkataan ‘lu’ ‘gua’. Semua orang seolah-olah merasakan kena cakap cara sebegitu untuk menampakkan filem itu ganas.

“Baiklah, saya ambil peluang berlakon dalam filem ini untuk bercakap dengan cara yang saya mahu. Saya cakap bahasa Melayu yang betul menggunakan ‘aku’ ‘kau’.

“Ia tidak pula kedengaran aneh atau janggal. Malah, lebih realistik,” katanya.

 

Beliau yang sering menerima watak antagonis atau penjahat tidak berasa muak dengan tawaran itu malah menganggap ia sebagai rezeki, dan bersedia memberi lakonan terbaik sepanjang bekerja.

 

Sumber: Utusan Online