Orang Ramai Dinasihat Tidak Ke Pantai Bagan Lalang Rabu Ini

Ekoran daripada fenomena air pasang besar yang diramal berlaku Rabu ini, orang ramai diingatkan untuk tidak memasuki atau berada berdekatan dengan kawasan pantai.

orang ramai dinasihat tidak ke pantai bagan lalang rabu ini

Ia termasuklah pantai tumpuan ramai yang berada dalam kawasan Sepang iaitu Pantai Bagan Lalang.

orang ramai dinasihat tidak ke pantai bagan lalang rabu ini

Peringatan itu dibuat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku kerana paras air laut dijangka akan berada pada ketinggian 5.2 meter hingga 5.6 meter.

 

Ekoran fenomena itu juga, Skuad Pantas dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan digerakkan ke lokasi bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November depan. Ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

 

Sumber: [1]