‘Pinangan Diterima..’ - Ogy Ahmad Daud Nak Berkahwin?

Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy baru-baru ini berkongsi sebuah perkongsian yang dia kini sedang menantikan hari bahagia.

Menerusi perkongsian Kak Ogy di laman akaun Facebook milikya  dikatakan dia sudah dirisik dan dipinang serta dia juga sudah menerima pinangan tersebut. 

Susulan dengan itu, Kak Ogy juga turut mengaku yang dia kini tidak sabar untuk menjalankan majlis yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

“Pada mulanya dirisik..kemudian dia masuk meminang..

“Pinangan diterima..majlisnya minggu depan..tak sabarnya kita”, katanya lagi. 

Walaupun, perkongsiannya itu tiada pengesahan dari pihak Kak Ogy sendiri namun rata-rata komen netizen turut mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan turut gembira kerana Kak Ogy sudah berjumpa dengan kekasih hati. 

‘pinangan diterima..’ - ogy ahmad daud nak berkahwin?

‘pinangan diterima..’ - ogy ahmad daud nak berkahwin?

Sumber: Facebook @Fauziah Ahmad Daud