Obor-Obor Beracun Muncul Kembali Di Pesisir Pantai Terengganu

Obor-obor beracun atau dikenali sebagai  portuguese man o' war atau nama saintifiknya physalia physalis dilaporkan muncul kembali di pesisiran pantai negeri Terengganu.

obor-obor beracun muncul kembali di pesisir pantai terengganu

Obor-obor itu dilihat berada di sekitar pantai Kampung Kelulut dan Pulau Kerengga di daerah Marang, menurut Perikanan Terengganu hasil tinjauan pada Ahad.

 

"Setakat pagi ini kita menemukan empat ekor obor-obor yang terdampar di pantai. Tinjauan masih lagi dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan masih terdapat lagi obor-obor spesies sama yang terdampar di kawasan pantai,” kata Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat.

 

Menurutnya, fasa Monsun Timur Laut pada masa ini menjadi faktor obor-obor berkenaan berada di perairan Pantai Timur secara amnya.

obor-obor beracun muncul kembali di pesisir pantai terengganu

Kali terakhir spesis hidupan beracun itu dilihat di perairan Pantai Timur adalah pada Feb 2020.

 

"Kajian sebelum ini pernah merekodkan lebih 1,000 obor-obor itu terapung di perairan Lautan Hindi.

"Ia bergerak dengan cara hanyut dibawa arus atau angin. Untuk mengelakkan ancaman di permukaan, ia boleh mengempiskan beg udara dan tenggelam buat seketika," katanya lagi.

 

Justeru, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dengan kemunculan hidupan itu kerana racun padanya boleh melumpuhkan, membunuh ikan serta makhluk kecil lain. Jika terkena sengatan racun obor-obor ini, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

 

Sumber: [1]