Asyik Terfikir Kematian, Nora Danish Berdepan ‘Anxiety Attack’

Aktres, Nora Danish mendedahkan beliau mengalami masalah gangguan kebimbangan (anxiety attack) sehingga membuatkan dirinya sering memikirkan akan kematian.

asyik terfikir kematian, nora danish berdepan ‘anxiety attack’

Pelakon itu bagaimanapun masih boleh mengawal keresahan yang dihadapinya mungkin kesan daripada pandemik COVID-19 dan juga usianya yang menjangkau 40 tahun.

 

Akibat daripada serangan gangguan kebimbangan ini, Nora Danish sering risau ketika menaiki kapal terbang misalnya sehingga terfikir akan kematian.

 

"Saya baru menghadapi serangan gangguan kebimbangan, baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan faktor usia, saya lebih memikirkan soal kematian.

"Hinggakan menaiki kapal terbang, saya terfikir mengenai kematian. Bayangkan, saya jadi takut dan fikir akan mati apabila serangan gangguan ini.

"Perasaan resah hingga tahap saya menghubungi emak untuk menjaga anak-anak dan keluarga, selain buat wasiat mengenai harta yang ditinggalkan," katanya.

 

Bagi mengatasi masalah kebimbangan ini, beliau sering membaca bahan positif dan juga motivasi. Beliau juga menafikan gangguan kebimbangan ini datangnya daripada komen netizen di media sosial.

 

Sumber: BH