Wah! Next Level Betul Anugerah Podcast SYOK Tahun Ini! Siap Ada Seminar SYOK Talk!

Perhatian kepada semua podcaster Malaysia! Kalau korang nak bawa podcast korang ke tahap next level, korang kena join SYOK Talk di Anugerah Podcast SYOK 2023! 

wah! next level betul anugerah podcast syok tahun ini! siap ada seminar syok talk!

Kalau korang nak belajar tentang podcast ataupun cara bagaimana nak buat content yang power untuk podcast korang! Seminar SYOK Talk akan bantu korang memperkukuhkan lagi ilmu dalam bidang podcast bersama barisan panel yang handal dalam dunia podcast!

Di Seminar SYOK Talk kali ini akan mempunyai empat pecahan slot dengan topik yang berbeza dan panel yang hebat! Slot pertama mengenai ‘Producing Podcasts’ bersama Syafa dan Haiqal daripada PodcasThinker! Slot kedua adalah ‘Storytelling in Podcasts’ bersama Sudirman Mohd Tahir dari Cerita Hantu Seram dan juga Gheeta dari Marma Desam Raagavil. Topik seterusnya, ‘Audio Editing’ bersama komposer muzik, Santosh Logandran. Dan slot akhir sekali adalah khas bagaimana cara nak jual podcast anda iaitu ‘Advertising in Podcast’ bersama dua panel istimewa dari Astro Radio dan SYOK, Priya dan Stanley.

Jadi korang tunggu apa lagi? Banyak benda korang boleh belajar kalau korang nak podcast korang lagi power! Jadi sertai kami pada 8 Disember 2023 di AICB, Kuala Lumpur, rugi kalau korang lepaskan peluang ni!

Korang boleh daftar di https://en.syok.my/anugerah-syok-podcast-2023/home

Daftar sekarang!