Pelakon, Emma Maembong telah berkongsi beberapa foto terkini dirinya yang sedang hamil anak kedua.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, turut berkongsi video penggambaran itu menerusi Instagram.
Sambil memberikan kredit kepada mereka yang terlibat sepanjang penggambaran, pelakon itu turut mengabadikan memori bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penampilan Emma dipuji cantik selain berseri-seri ibu yang bakal bersalin. Malah ada warganet yang berteka-teki dengan jantina bayi yang akan dilahirkan itu nanti.
Terdahulu, Emma telah berkongsi video di Instagram menunjukkan beliau membuat kejutan berita kehamilan itu kepada suaminya. Pasangan ini telah berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram Emma Maembong