Video Ikan Yu Gembira Diselamatkan Nelayan Tular Di Media Sosial

video ikan yu gembira diselamatkan nelayan tular di media sosial


Satu video tular di media sosial menunjukkan beberapa orang nelayan telah menyelamatkan seekor ikan yu yang terlekat pada seutas tali.

Video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu telah dikongsi melalui akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

Di dalam video tersebut memaparkan beberapa orang nelayan cuba memotong tali yang terlekat pada badan ikan yu tersebut.

Tapi, yang comelnya, selepas tali itu dipotong, ikan yu tersebut seolah-olah gembira dan menggoyang-goyangkan badannya.

Video tersebut  dikatakan berlaku di Bintu, Sarawak.

Difahamkan kejadian ikan menghampiri kapal meminta tolong melepaskannya daripada kesengsaraan berlaku di Bintulu...

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association on Sunday, December 1, 2019

Sumber: Astro Awani