Didakwa Tiada Job Sebab Selalu Live Tiktok, Ini Jawapan Neelofa!

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa kini dilihat kurang aktif dalam dunia seni sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

didakwa tiada job sebab selalu live tiktok, ini jawapan neelofa!

Spekulasi itu semakin kuat diperkatakan apabila Neelofa dilihat sering melakukan siaran langsung Tiktok miliknya sehingga ada yang berkata pengacara itu kini seolah-olah sudah tiada ‘job’.

Neelofa bagaimanapun tenang menjawab persoalan itu dengan menjelaskan beliau kini lebih selesa untuk tidak terlalu aktif dalam dunia seni kerana bimbang tiada masa untuk keluarga.

 

Katanya jika setiap minggu beliau muncul di kaca TV, maka tidak bergeraklah kerjanya sebagai seorang ibu dan isteri. Malah, beliau juga mempunyai perniagaan yang perlu diuruskan selain daripada dunia seni dan keluarga.

 

Tambah Neelofa lagi, beliau gembira dengan keputusan yang dibuat ini dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

 

Sumber: HM