Kerana Nak Jadi Imam, Lelaki Bertindak Agresif Dan Membuat Kacau

kerana nak jadi imam, lelaki bertindak agresif dan membuat kacau

Disebabkan mahu jadi imam, seorang lelaki telah bertindak di luar kawalan dan membuat kacau di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan semalam.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku pada jam 3:45 petang. Lelaki yang dikatakan tidak siuman itu telah pergi ke ruang solat dan berkata mahu menjadi imam kepada jemaah yang berada di masjid itu.

Namun, hasratnya itu telah dihalang oleh jemaah dan pihak pengurusan sehingga dia bertindak di luar kawasan dan mengamuk. Jemaah masjid berkenaan tetap cuba menenangi lelaki tersebut.

Menurut Ketua Plis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali, pihaknya mendapat laporan akan kejadian tersebut daripada jemaah masjid berkenaan. Kemdian, dua orang pihak mereka telah bergegas ke tempat kejadian.

 “Sebaik anggota kita tiba, pihak pengurusan masjid menyerahkan suspek yang berada dalam keadaan tidak waras dan agresif untuk tindakan selanjutnya.

“Kita membawa suspek yang beralamat di Alor Akar itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Lelaki tersebut telah menjalankan pemeriksaan dan doktor mendapati suspek tidak siuman dan telah ditahan di Wad Dahlia (Psikiatri) HTAA. Pihak keluarga lelaki itu turut dimaklumkan akan kejadian tersebut.

Sumber: HMetro