Dah Lambat Nak Pergi Show, Nabila Razali Terpaksa Tahan Motor Nak Tumpang

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali terpaksa menahan seorang penunggang motosikal selepas dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika ingin menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.

dah lambat nak pergi show, nabila razali terpaksa tahan motor nak tumpang

Menerusi video yang dimuatnaik di Tiktok, Nabila dilihat membonceng motosikal seorang lelaki yang berbaik hati menumpangkannya untuk ke acara tersebut.

dah lambat nak pergi show, nabila razali terpaksa tahan motor nak tumpang

Jelas Nabila, lokasi program itu hanya beberapa meter di hadapan, namun disebabkan beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, maka dia terpaksa menahan penunggang motosikal itu untuk menghantarnya ke lokasi.

dah lambat nak pergi show, nabila razali terpaksa tahan motor nak tumpang

“Dah lambat nak pergi show, Nabila terpaksa tahan motosikal nak tumpang. Jalan sesak teruk, tinggal beberapa meter sahaja lagi nak sampai.

“Maaf saya pegang beg ya, jangan laju-laju,” kata Nabila kepada penunggang motosikal berkenaan.

 

@calonmenantucikkiah Dah lambat pergi show Nabila terpaksa tahan motor nak tumpang. Jem teruk tgal berapa meter je nak sampai. @Nabila Razali #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypage #foryoupage #absolutebazaar #NabilaRazali ♬ suara asli - RAP_INDO ☑️

 

Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang berseloroh bahawa penunggang motosikal itu adalah bertuah. Malah ada juga yang mahu membida tempat duduk motosikal milik lelaki itu, dan tak kurang ada juga yang mendoakan agar isteri lelaki itu kekal tenang.

dah lambat nak pergi show, nabila razali terpaksa tahan motor nak tumpang

Sumber: Tiktok