Muzik Menyatu Dengan Alam

muzik menyatu dengan alam

The Haven Musical Extravaganza mengabadikan persembahan memukau bersama pencinta muzik orkestra yang dibawakan The Haven Resort, Ipoh dengan muzik 'sensurround' gabungan akustik landskap semula jadi yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober lalu.

Lebih menarik persembahan yang dimainkan oleh Orkestra Simfoni Selangor (SSO)  merupakan acara persembahan muzik pertama dari pentas terapung di atas tasik, dengan latar belakang hutan.

Selain itu, pemuzik juga ditempatkan di pinggir hutan di sekitar tasik dan di 3 unit bangunan tinggi untuk menghasilkan kesan 'sensurround' untuk penonton yang duduk di taman di tepi tasik, Amfiteater. Pengunjung juga berpeluang menikmati muzik yang indah dari balkoni unit penginapan mereka. 

Persembahan oleh SSO ini diketuai oleh konduktor Eugene Pook dan menampilkan bintang dunia antaranya penyanyi mezzo-soprano terkenal dari China, Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa, Dr Hyungi Kim dari Korea Selatan serta penyanyi tempatan, Asyraf Farhan Adi Zairi.

Musical Extravaganza merangkumi beberapa karya terkenal, antaranya  daripada The Sound of Music, Phantom of the Opera dan Vivaldi's Four Seasons, selain karya dihasilkan SSO.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata muzikal ini dianggap kreatif dan selaras dengan inisiatif mempromosikan bandar raya Ipoh sebagai Bandar Muzik.

Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort berkata pihaknya membawa persembahan muzikal ekstravaganza yang indah untuk merancakkan industri pelancongan di resort itu selepas berehat daripada pandemik.

Tambahnya, beliau percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan sebagai tarikan penting untuk negeri Perak. 

Beliau juga berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Muzik.

Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

muzik menyatu dengan alam

muzik menyatu dengan alam

muzik menyatu dengan alam

muzik menyatu dengan alam

muzik menyatu dengan alam

 

Oleh: Ari Dono