Genap 20 Tahun Kahwin Tapi Belum Ada Anak, Mark Adam Janji Tak Curangi Isteri

Mark Adam, penyanyi yang dikenali ramai di negara ini, telah memberikan janji yang teguh untuk tidak pernah menipu isterinya yang tersayang, Ezan atau Norazah Redzuan, walaupun mereka belum lagi dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak selepas hampir dua dekad perkahwinan mereka.

genap 20 tahun kahwin tapi belum ada anak, mark adam janji tak curangi isteri

Menurut Mark, beliau sentiasa mengingati pesanan ayahnya untuk setia dan memegang teguh pada ikrarnya itu sejak mereka berkahwin pada tahun 2003.

 

“Saya masih ingat hari pernikahan kami genap 20 tahun lalu. Masa di masjid bernikah kita kan sudah berjanji depan imam dengan Allah, jadi saya kena pegang janji itu.

“Satu lagi saya ingin terus setia kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri buat kerana pertama kali ke Filipina, dia pergi seorang. Saya pula tak boleh keluar dari Malaysia ketika itu disebabkan nak dapatkan status pemastautin tetap.

“Apabila keluarga saya ajak balik Filipina, dia pergi seorang diri. Bapa kemudian hubungi saya cakap, kalau saya sakiti Ezan, dia suruh saya lupakan dia sebagai ayah,” katanya.

 

Tambah lagi, Mark turut memilih bapanya sebagai contoh ketua keluarga yang bertanggungjawab, meskipun bapanya telah meninggal dunia namun kenangan bersama bapanya yang sentiasa menjaga ibunya membuatkan Mark terus berpegang teguh pada janji.

 

Menurut Mark, pasangan hidup adalah pilihan kita untuk sehidup semati dan kita harus memegang teguh janji yang telah dibuat.

 

“Apabila kita menjadikan seorang wanita itu peneman hidup, bermakna apa pun terjadi, kita sudah nekad untuk bersama-sama mengharungi kehidupan.

“Kita kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kita teruskan kerana sudah berjanji,” katanya

 

Beliau menganggap godaan dari luar hanyalah ujian untuk menguji kesetiaan hidup berpasangan. Bagi Mark, ketabahan dan kesetiaan adalah aspek penting dalam perkahwinan dan dia akan terus memegang teguh ikrarnya untuk menjaga dan menyayangi isterinya sepanjang hayat mereka.

 

Sumber: Kosmo!