Mahu Elak Fitnah, Luqman Hafidz Akui Dah Cerai Jun Lalu

Bagi meleraikan segala spekulasi yang timbul, pelakon Ola Bola, Luqman Hafidz akhirnya mengakui sudah bercerai dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun lalu.

mahu elak fitnah, luqman hafidz akui dah cerai jun lalu

Luqman berkata, beliau perlu membuka mulut membuat pengakuan ini bagi menghentikan pelbagai pertanyaan dan khabar angin hingga menimbulkan fitnah daripada pelbagai pihak.

 

“Sudah tiba masa untuk kongsi dan sahkan bahawa saya dan bekas isteri sudah berpisah pada Jun lalu secara baik di mahkamah.

“Kini, fokus kami ialah pada anak. Sementara, fokus saya pula adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya,” katanya.

 

Ujar pelakon berusia 31 tahun ini lagi beliau berharap pengakuan itu dapat menjawab segala persoalan ramai mengenai status rumah tangganya. Dalam masa sama, Luqman meminta agar diberi ruang untuk menghormati dan menjaga hati keluarganya serta bekas mentua.

 

Terdahulu, Luqman telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Eve Laura pada 6 Februari 2021.

 

Bagaimanapun, timbul desas-desus mengenai status rumah tangganya apabila ada yang mendakwa beliau sudahpun bercerai bersama isteri.

 

Sumber: Kosmo!