Demi Selfie Menarik, Orang Ramai Rela Hidu Bau Busuk Di Sg Petani

Demi mendapatkan foto selfie yang menarik, orang ramai sanggup menahan bau busuk bagi menikmati pemandangan indah lautan kiambang yang memenuhi loji kumbahan Jalan Bakar Sampah dekat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah.

demi selfie menarik, orang ramai rela hidu bau busuk di sg petani

Rata-rata pengunjung dilihat sanggup menahan bau busuk demi gambar menarik dikelilingi bunga kiambang yang tumbuh pada permukaan kolam.

demi selfie menarik, orang ramai rela hidu bau busuk di sg petani

Bunga kiambang itu dikatakan sudah mula tumbuh beberapa tahun lalu namun kali ini ia melitupi hampir keseluruhan permukaan kolam dan menghasilkan pemandangan cukup indah.

demi selfie menarik, orang ramai rela hidu bau busuk di sg petani

Disebabkan itu, ramai mengambil kesempatan bergambar dilokasi terbabit, meskipun bau sekeliling sangat busuk.

 

"Bila berada di lokasi ini, saya lihat pemandangannya sangat cantik namun untuk mengambil gambar perlu menahan nafas kerana bau yang sangat busuk.

"Memang banyak komen di media sosial mengatakan bau busuk di kawasan itu namun melihatkan keindahannya di depan mata saya pasti ramai akan terpesona dan akan mengabdikan gambar kenangan," kata seorang penduduk.

demi selfie menarik, orang ramai rela hidu bau busuk di sg petani

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) telah memasang pita keselamatan sementara bagi menghalang orang ramai daripada memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam.

 

Lokasi itu telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini selepas ramai dilihat sanggup menahan nafas daripada bau busuk semata-mata demi foto pemandangan indah kiambang.

 

Sumber: [1], [2]