Akhirnya Lakaran Wajah Perak Man Ditunjukkan Pada Umum

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

akhirnya lakaran wajah perak man ditunjukkan pada umum
 
Kini selepas 30 tahun ia ditemui, rangka manusia berusia 11,000 tahun itu telah mempunyai lakaran wajah menggunakan kaedah 3D virtual reconstruction.

akhirnya lakaran wajah perak man ditunjukkan pada umum
 
Lakaran wajah Perak Man itu dibuat bersama penyelidik USM bersama pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, yang menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

akhirnya lakaran wajah perak man ditunjukkan pada umum
akhirnya lakaran wajah perak man ditunjukkan pada umum
 
Idea untuk menghasilkan semula wajah Perak Man tercetus dua tahun lalu, idea Pakar Bedah Neurosurgeri di Hospital USM, Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah.


 
Prof Datuk Dr Jafri banyak menjalankan kajian berkaitan neurosains dan kognitif telah mengajak Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Dr Johari Yap untuk mereka bentuk semula tulang kepala Perak Man dan seterusnya membuat lakaran wajah Perak Man. Menggunakan data imbasan CT Perak Man dan tengkorak yang terbentuk dalam imej 3D, data di dihantar melalui e-mel kepada Moraes bagi menghasilkan lakaran wajah.

 
Selain itu, Moraes juga memerlukan maklumat seperti jantina, umur dan keturunan bagi menghasilkan tisu muka berdasarkan ketebalan purata melalui kajian sebelum ini. Ciri-ciri lain seperti warna mata, kulit dan rambut juga dihasilkan selepas perbincangan dengan Antropologi Forensik. Artikel jurnal berkenaan penemuan ini juga telah diterbitkan menerusi 'Malaysian Journal of Medical Sciences USM'.
 
akhirnya lakaran wajah perak man ditunjukkan pada umum
 
Dengan adanya teknologi pengimejan seperti ini, ia memberi jalan bagi pengkaji untuk memahami bagaimana interaksi antara otak, minda, tingkah laku dan budaya berlaku pada masa lalu.

 
Sumber: JurnalAstro Awani / Bernama