KWSP i-Sinar Kategori 2 Akan Menerima Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000

kwsp i-sinar kategori 2 akan menerima pembayaran pendahuluan sehingga rm1,000

Memandangkan pelbagai bencana terjadi seperti banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar kategori 2.

Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam sidang media Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas baru-baru ini.

"Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

"Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.”

Sumber: Astro Awani