Doktor Pakar Tegur Resipi Guna Banyak Minyak, Ini Penjelasan Khairul Aming

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Khairul Aming telah menjadi perhatian selepas resipi masakannya ditegur oleh seorang doktor pakar yang mendakwa masakannya itu menggunakan minyak yang terlalu banyak.

doktor pakar tegur resipi guna banyak minyak, ini penjelasan khairul aming

Menerusi ciapan di Twitter, pakar perubatan itu, Dr Rafidah Abdullah turut meminta agar Khairul Aming yang popular dengan resipi bulan Ramadan untuk menyediakan menu sihat kepada orang ramai.

 

“Salam Khairul Aming, saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni.

“Goreng is not good (adalah tidak bagus). Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” katanya.

doktor pakar tegur resipi guna banyak minyak, ini penjelasan khairul aming

Teguran doktor pakar itu akhirnya mendapat perhatian Khairul Aming sendiri yang tampil menjelaskan dengan hati terbuka.

doktor pakar tegur resipi guna banyak minyak, ini penjelasan khairul aming

“Saya terima banyak feedback dengan hati terbuka. Saya setuju kesihatan nombor satu. Saya akan kongsikan perspektif seorang Malaysia yang obes. BMI sangatlah tinggi. Pernah ada hate relationship dengan local food. Perjalanan kurus berjaya tapi kemudiannya berat pun naik semula.

“Journey kali ni, still enjoy makan local food. Rugi tak makan makanan kita yang sedap ni. Perspektif food content creator pula, untuk masakan yang sedap kena ikut kuatiti cara masakan melayu kita.

“Contoh masak sambal kalau minyak tak banyak tak pecah minyak. Ubah resipi tu jadi tak sedap, nanti orang cuba tak sedap, I yang kena maki balik.

“Jadi boleh cuba cara masakan, tapi bila makan kawal kuantiti. Kalau nak ubah masa masak sendiri ikut citarasa bolehlah buat,” jelas beliau.

 

 

Penjelasan Khairul Aming telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara profesionalisme beliau dalam menangani krisis serta teguran.

 

Sumber: Instagram Khairul Aming