Kes Saman Puteri Sarah Terhadap Ira Kazar Selesai Cara Baik Luar Mahkamah

Kes saman yang dituntut pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua lagi ahli keluarganya berhubung gangguan orang ketika, akhirnya telah diselesaikan cara baik di luar mahkamah, semalam.

kes saman puteri sarah terhadap ira kazar selesai cara baik luar mahkamah

Perkara itu disahkan peguam Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

 

Menurut beliau, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah selaku plaintif dengan Ira Kazar selaku defendan.

 

"Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini (5 Julai) di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

"Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip," katanya.

 

Terdahulu, Puteri Sarah terpaksa mengambil tindakan undang-undang keatas Ira atau sesiapa berkaitan dengan Ira kerana menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarga serta keluarga mentuanya termasuk Syamsul.

kes saman puteri sarah terhadap ira kazar selesai cara baik luar mahkamah

Puteri Sarah dan Syamsul akhirnya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 

Sumber: HMetro