“Dengan Apa Yang Berlaku, Kami Sekeluarga Tak Terkesan Apa-Apa,” – Kakak Ira Kazar

Umum sedia maklum mengenai kontroversi rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusuf, hingga membawa kepada penceraiannya bersama Puteri Sarah Liyana, pada 14 Jun lalu.

syamsul dan puteri sarah kini sah bercerai talak

Konflik rumah tangga pasangan ini turut dikaitkan dengan kehadiran individu bernama Ira Kazar, yang juga anak kepada pelakon, Kazar, 40.

ada orang kata mirip ira kazar, ini reaksi datin alyah

Ketika ramai bercakap-cakap mengenai mereka, keluarga Kazar dikatakan dalam keadaan tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa, demikian menurut kakak kepada Ira iaitu Melor.

 

Menurut Melor, keluarganya itu berada dalam keadaan baik sahaja dan tiada beza malah sama seperti dahulu.

“dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tak terkesan apa-apa,” – kakak ira kazar

"Kami semua baik-baik saja, tiada terkesan dan Ira juga sentiasa positif.

"Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa, Alhamdulillah baik-baik saja. Hakikatnya semua sama saja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang.

"Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay. Keadaan Ira pun sama saja sejak dahulu, sentiasa positif.

"Kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini. Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir," katanya.

 

Malah menurut Melor, beliau juga ada membaca komen daripada netizen mengenai Ira dan keluarga, namun tidak mengambil serius mengenainya.

 

"Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang.

"Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan mengganggu mental.

"Alhamdulillah, semua okay, nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan," katanya lagi.

 

 

Sumber: HMetro