Para tetamu yang melangkah ke dalam Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada 9 September ini akan disambut dengan suasana "kampung" yang riuh rendah, pemandangan yang akan mengimbau kembali detik nostalgia. Inilah Kampung Buatan Malaysia, acara khas oleh ZUS Coffee, jenama kopi tempatan yang terkenal kerana inovasinya. Keriuhan suasana kampung ditemani dengan aroma kopi bakal memberikan suntikan perpaduan dan bangga terhadap buatan Malaysia dalam diri setiap pengunjung.
Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama yang cukup hebat sama seperti jenama antarabangsa.
SYOK juga turut menyediakan satu booth khas di mana pengguna boleh berehat sambil menikmati pelbagai kandungan audio, mengakses 85 stesen radio dalam talian, menonton video dan mendengar podcast popular serta mendapatkan liputan berita.
Buat yang singgah di booth SYOK anda juga berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif kami. Apa pun pastikan anda muat turun aplikasi SYOK dan ikut langkah-langkah di bawah. Ingat siapa cepat dia dapat tau!
Kampung Buatan Malaysia juga mendukung jenama tempatan lain yang sedang meningkat naik untuk turut sama berganding bahu memeriahkan acara ini.
Pengunjung akan dapat menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.
Selain daripada itu, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.
Untuk pengunjung mengenali lebih lagi tentang ZUS Coffee, mereka bakal membawakan “ZUS Time Tunnel” yang akan menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia. Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi.
Bukan itu sahaja. Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”. ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee. Satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa rasa kita.
Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series,”, dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee. Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.
Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee. Acara ini juga bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza.
Dengan ini, semua dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia pada 9 September 2023. Mari bersama kita memartabatkan buatan Malaysia. Jumpa di sana!