“Syamsul Dah Lama Tak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami,” – Puteri Sarah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana memohon agar suaminya, Syamsul Yusof agar menceraikannya kerana beliau sudah tidak nampak jalan untuk mereka berdamai.

“syamsul dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami,” – puteri sarah

Ujar Puteri Sarah, beliau turut mempersoalkan maksud ‘sinar’ seperti apa yang dikatakan suaminya itu apatah lagi mereka sudah setahun tidak berjumpa.

 

“Saya sudah setahun tidak bertemu dia dan selepas setahun, ini baru pertama kali saya berjumpa dengannya. Apa yang ada sinar lagi? Biarkan saya pergi.

“Saya harapkan supaya saya dilepaskan dengan baik. Jangan susahkan lagi keadaan. Untuk apa? Awak dah kahwin baru, pergilah dekat isteri sana. Saya tak marah,” katanya.

 

Malah ketika Puteri Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya itu langsung tidak menjenguknya apatah pula membantunya semasa dalam keadaan sukar.

“syamsul dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami,” – puteri sarah

Dalam pada itu, Puteri Sarah kini nekad untuk bercerai kerana mereka sudah tidak lagi menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri. Malah, Syamsul juga tidak melakukan tanggungjawab sebagai suami.

 

“Kami dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Nafkah anak-anak dia tak abaikan. Lagi sekali, nafkah anak-anak dia tak abaikan,” katanya.

 

Puteri Sarah juga menambah, pintu hatinya kini juga sudah tertutup untuk berdamai, sedangkan mereka sepatutnya berbincang sejak tiga tahun lalu.

 

Sumber: HMetro

Foto: Utusan