Kalah Sebelum Bertarung?

Pandemik Covid-19 ternyata menjejaskan perlawanan sukan pada peringkat antarabangsa dan tempatan.

 

Dulu masa Covid mula menular, banyak perlawanan terpaksa ditunda.

 

Tapi sekarang ni bila pertandingan boleh dianjurkan, setiap pasukan perlu patuhi SOP ketat bagi elak penularan wabak itu.

 

Ada juga yang terpaksa tarik diri sebab gagal patuh SOP yang ditetapkan dan ada juga atlet atau pemain yang dijangkiti Covid-19.

 

Terbaru, Malaysia terpaksa tarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham Julai depan.

 

Antara sebabnya, tempoh masa Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang terlalu dekat, ditambah pula dengan tempoh kuarantin pemain dan staf pasukan.

kalah sebelum bertarung?

Sedikit sebanyak ia menjejaskan persiapan skuad hoki negara untuk harungi Sukan Asia, September nanti.

 

Agak rugi sebenarnya Malaysia tarik diri daripada Sukan Komanwel sebab peluang untuk skuad hoki negara raih pingat sangat cerah.

 

Tapi, keputusan Konfederasi Hoki Malaysia untuk tarik diri daripada Sukan Komanwel dan fokus pada Sukan Asia memang wajar.

 

Sebab Malaysia berpeluang untuk ke Olimpik Paris 2024 kalau berjaya menjuarai Piala Asia.

kalah sebelum bertarung?

Apa-apa pun keputusannya, kita perlu sokong barisan atlet negara dalam setiap pertandingan yang disertai.

 

Selamat maju jaya skuad hoki lelaki negara! Malaysia Boleh!

 

Oleh Izzati Amir