Jangan Buang, Minyak Masak Terpakai Boleh Dijual Cecah RM3 Sekilo

Minyak masak merupakan antara bahan asas yang ada di dapur rumah masing-masing. Ia digunakan dalam pelbagai proses penyediaan makanan seperti menggoreng dan lain-lain lagi.

 

Biasanya minyak masak boleh digunakan maksimum 2 kali, bergantung kepada cara penggunaan. Jika digunakan lebih daripada itu, ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang kerana minyak masak itu telah menjadi tepu.

jangan buang, minyak masak terpakai boleh dijual cecah rm3 sekilo

Apa yang dibuat oleh ramai orang adalah dengan membuang sahaja minyak masak terpakai terus ke tong sampah. Tunggu, ada cara yang lebih praktikal dalam menguruskan sisa minyak masak terpakai ini iaitu dengan menjualnya semula kepada pembeli.

 

Tahukah anda, minyak masak terpakai boleh dijual semula dengan harga mencecah sehingga RM3 sekilo?

jangan buang, minyak masak terpakai boleh dijual cecah rm3 sekilo

Menerusi perkongsian Majlis Perbandaran Sepang (MPS), sisa minyak masak terpakai ini boleh dijual kepada mereka sebelum diproses menjadi biodiesel. Ha, setidaknya anda dapat jana pendapatan daripada minyak terpakai di rumah ye tak?

jangan buang, minyak masak terpakai boleh dijual cecah rm3 sekilo

Sumber: MPS