“Saya Dapat Tahu Hamil Bila Usia Kandungan Cecah 4 Bulan,” – Izara Aishah

Pelakon, Izara Aishah mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil dan bakal melahirkan anak keduanya itu bulan hadapan.

jangka bersalin bulan depan, izara aishah rupanya tengah sarat hamil anak kedua

Menurut pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 30, beliau bukanlah mahu menyembunyikan kehamilan itu pada peringkat awal kerana rakan terdekat sudah pun tahu mengenainya sebelum ini.

 

Namun rakan terdekatnya menghormati situasinya pada ketika itu.

 

“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut kepada umum, cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya.

“Jadi secara kebetulan saya hadir ke sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana. Sebelum ni pun kalau ada yang tanya, saya jawab.

“InsyaAllah kalau diikutkan, saya bakal bersalin sama ada hujung bulan ini atau pada awal bulan hadapan,” kata beliau.

jangka bersalin bulan depan, izara aishah rupanya tengah sarat hamil anak kedua

Baca: Jangka Bersalin Bulan Depan, Izara Aishah Rupanya Tengah Sarat Hamil Anak Kedua

 

Tambah Izara lagi, beliau mendapat tahu berita gembira ini selepas kandungannya mencecah empat bulan.

 

“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulan suami dan anak paling teruja.

“Pada fasa ini, saya akui pergerakkan saya agak terbatas. Malah sukar juga untuk tidur. Cuma, syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” ujarnya.

“saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah 4 bulan,” – izara aishah

Izara menambah beliau dan suami juga tidak kisah sama ada anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki mahupun perempuan.

 

Untuk info, Izara dan suaminya, Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.

 

Sumber: MH