Intan Serah Cari Lelaki Educated, Minat Sukan Tapi Bukan Penyokong Liverpool

Atlet futsal negara, Intan Serah Anisah Zulgafli telah mencuri tumpuan ramai selepas beliau berkongsi kriteria lelaki idamannya.

intan serah cari lelaki educated, minat sukan tapi bukan penyokong liverpool

Menurut gadis manis dan lincah di atas gelanggang futsal berusia 24 tahun ini, beliau mencari teman hidup namun perlu memenuhi kriteria ditetapkannya.

 

"Mencari lelaki yang educated (terpelajar) dan minat sukan.

"Bonus handsome (kacak) dan pandai ambil gambar," tulisnya.

 

Dalam hantaran itu, Intan menetapkan lelaki idamannya adalah seorang yang tidak merokok, bercakap lembut namun bukannya penyokong Liverpool.

intan serah cari lelaki educated, minat sukan tapi bukan penyokong liverpool

Tambah Intan lagi, beliau sudahpun membaca mesej yang dihantar secara peribadi kepadanya.

 

"I (saya) baca semua DM (mesej peribadi). I just need time to reply (saya memerlukan masa untuk membalas). Thank you for those (terima kasih kepada semua) yang sudi buka hati buat hati yang hampir mati ini," katanya.

intan serah cari lelaki educated, minat sukan tapi bukan penyokong liverpool

Intan merupakan aset penting dalam pasukan futsal wanita kebangsaan, selain turut dikenali sebagai pelakon, model, penyanyi dan juga streamer.

 

Sumber: Twitter Intan Serah