Baru-baru ini, pelakon Intan Najuwa mengejutkan peminat apabila selamat menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati bernama Datuk Azraf Azman.
Menceritakan detik pertemuan mereka, ujar Intan beliau dan suami pertama kali bertemu adalah ketika berada di kedai coffee.
Menerusi video oleh Media Hiburan, Intan berkata kawan baik suaminya itu juga merupakan salah seorang sahabatnya. Dari situ, mereka mula berkenalan dan bertegur sapa, namun tidak sangka pula berjodoh.
“Tak ada yang special pun first met kita. Bestfriend Asyraf kawan I jugak so mutual friend la. Terjumpa say hi hi tak tau pula sampai sekarang sangkut,” kata pelakon berusia 26 tahun ini.
Tambah beliau, pelbagai cabaran dilalui mereka sehingga akhirnya mereka selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.
“I sebak sebab i memang jumpa lelaki yang betul-betul yang boleh jaga I. Macam-macam yang kita lalui, ups and down. Akhirnya jadi juga sebab itulah I sebak,” tambah beliau.
Ditanya soal anak, pasangan ini tidak merancang dan menerima rezeki yang diberi dengan hati terbuka.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Datuk Dr Nooh Gadut, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, dengan kehadiran Abdul Wahid iaitu bapa Intan sebagai Wali.
Majlis perkahwinan diadakan dengan cukup meriah di Hotel One and Only Desaru Coast, Johor, denga mas kahwin RM20,000 serta wang hantaran RM222,000.
Kredit: Media Hiburan
Foto: project2pi