‘Ada Iras Vida’ - Peminat Label Wajah Iman Troye Serupa Dengan Datuk Seri Vida

Terdahulu, nama Iman Troye menjadi mangsa kecaman banyak suara dalam talian yang gemar mempertikaikan kemampuan vokalnya.

‘ada iras vida’ - peminat label wajah iman troye serupa dengan datuk seri vida

Tetapi, lain pula sekarang yang mana namanya sering disebut-sebut serta dipuji kerana kelunakan suaranya ketika mendendangkan pelbagai lagu menerusi perkongsiannya di platform TikTok.

Antara video yang paling mencuri tumpuan ramai adalah ketika penyanyi berusia 19 tahun itu membawa lagu “Madah Berhelah” oleh Ziana Zain.

“Dengar seperti vokalnya tidak sampai tetapi dia bijak mengawal suara. Berbakat sungguh,” puji seorang pengguna TikTok.

“Semakin sedap suaranya. Tahniah Iman sebab rajin belajar,” komen pengguna lain.

Namun, dalam pada itu, ada juga yang mengatakan pelantun lagu “Harum Sundal Malam” itu mirip Datuk Seri Vida.

“Wajah Iman dengan Vida ada iras, serius tak tipu,” kata netizen.

Apa pendapat korang? Korang rasa mirip ke wajah Iman dengan Datuk Seri Vida ni?

 

Sumber: Kosmo