Lepas 34 Tahun Bernikah, Ibu Bapa Shila Amzah Akhirnya Sah Cerai

Kemelut rumah tangga ibu bapa penyanyi, Shila Azmah iaitu ND Lala dan Datin Fauziah akhirnya menemui titik noktah.

lepas 34 tahun bernikah, ibu bapa shila amzah akhirnya sah cerai

Menerusi hantaran di Instagram, ibu kepada Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila konflik rumah tangganya berakhir.

 

ND Lala dikatakan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali, pertama pada 2 Ogos dan kedua pada semalam iaitu 8 Ogos.

 

“Assalammualaikum semua..Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya - saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp,” ujar beliau.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

 

 

Dalam pada itu, Datin Fauziah menjelaskan statusnya itu supaya tidak timbul sebarang fitnah antara mereka di kemudian hari.

 

Malah beliau turut memohon doa orang agar dirinya kuat meneruskan kehidupan.

 

Kredit: Instagram Ibu Shila Amzah