Hawa Rizwana Tak Sangka Berjaya Raih Ijazah Sarjana Dengan CGPA 3.78

Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana meluahkan rasa syukur selepas berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.

hawa rizwana tak sangka berjaya raih ijazah sarjana dengan cgpa 3.78

Menurut Hawa, beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegitu memandangkan dia turut bekerja sambil belajar.

 

"Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur. Sebenarnya tak sangka dapat keputusan begitu dengan bekerja lagi. Ia bukan kejayaan secara individu saja, tapi banyak dibantu tugasan berkumpulan dan berpasangan.

"Tanpa pertolongan rakan sekuliah, tak mungkin dapat CGPA begitu. Sebenarnya yang banyak membantu adalah semester pertama kerana dapat CGPA 4. Semester seterusnya semakin mencabar dan campur-campur dapatlah 3.78.

"Syukur juga ada sistem sokongan yang kuat kerana orang lain ada lagi besar komitmennya," katanya.

hawa rizwana tak sangka berjaya raih ijazah sarjana dengan cgpa 3.78

Ujarnya, antara cabaran paling besar sepanjang tempoh pengajian ini adalah menguruskan masa untuk belajar dan bekerja.

 

"Memang banyak pengorbanan terpaksa dibuat dan selepas berfikir panjang, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai wartawan penyiaran. Hikmahnya, selepas itu rezeki menjadi hos Wanita Hari Ini dan Hello Doktor.

"Alhamdulillah dapat kerja yang jadualnya tak bertembung dengan masa kuliah. Selain itu, semangat berpasukan dengan rakan sekelas sangat membantu, dapat luaskan jaringan dan dapat kawan baharu," katanya.

 

Beliau turut tidak menolak akan menyambung pengajian peringkat PhD dan menceburi bidang akademik jika ada rezeki buatnya suatu hari nanti.

 

Sumber: IG Hawa Rizwana / HMetro